Sehingga rencana ini ditulis kandungan MOU antara kerajaan Selangor dan 
kerajaan Persekutuan tentang penyelesaian isu air di Selangor belum 
didedahkan.
      
Tetapi ia adalah satu penyelesaian yang 
mengikut bahasa orang sekarang menang-menang. Pada pandangan kasarnya 
negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak kalah dan kerajaan BN Malaysia pun 
tidak kalah. Walaupun Selangor tidak menang semua, kerajaan pusat BN pun
 tidak menang semua.
     
Yang dikehendaki oleh kerajaan 
Selangor ialah ia mahu menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor 
yang Wilayah Persekutuan Lembah Kelang termasuk di dalamnya. Ia mahu 
memberi apa yang dijanjikannya dalam manifesto PRU 2008.
    
Ia 
mahu memberi air percuma bagi yang bilnya tidak melebihi 20 meter padu 
sebulan, tiada kenaikan tarif air dalam jangka waktu belum difikirkan 
lamanya, cukup air terawat di luar masa bencana dan lain-lain.
    
Semua
 kemudahan dan kebajikan rakyat tidak berikan diberikan selagi semua 
agensi air yang dikonsensi itu tidak dipulangkan pentadbirannya kepada 
kerajaan Selangor.
    
Maka kerajaan Selangor seperti membeli 
semua syarikat berkenaan dengan tawaran harga yang tinggi sekitar RM9 
bilion. Jumlah itu adalah termasuk mengambil alih semua eset dan 
pinjaman bank serta keuntungan bagi orang-orang yang bertuah mendapat 
konsensi itu. Kerajaan pusat pula bagi memudahkan Selangor dapat apa 
yang dimahunya menambah pula RM2 bilion supaya senang konsesi melepaskan
 harta Qarun itu.
    
Selangor tidak mahu loji Langat-2 itu 
tetapi tiada cara kerajaan pusat hendak menjaga air mukanya kalau loji 
itu tidak diterima sama. Payah bagi kerajaan pusat dan si konsensi untuk
 melepaskan konsensinya jika loji itu tidak disetujui.
    
Lagi pun di akhirnya nanti Selangor dapat loji yang besar dan canggih.
    
Ada
 tanda-tanda tawaran yang dibuat oleh kerajaan Selangor adalah satu 
hadiah Selongor pihak-pihak yang bertuah itu. Si konsensi tidak menerima
 tawaran Selangor itu kerana ia tidak mahu hilang kilang duitnya atau ia
 tidak cukup dengan hadiah itu.
    
Jika kedua-dua pihak hendak 
berkeras kepala, ada tanda-tanda kerajaan Selangor akan dapat semula 
semua tanpa membuat apa-apa tawaran. Dikatakan ada peraturan kerajaan 
Selangor boleh ambil bodoh saja khazanah itu tanpa beri apa-apa kepada 
sekalian ahli perniagaan itu.
   
Tetapi kalau kerajaan Selangor 
buat macam itu, seperti ia merampas dan memilik negerikan semua syarikat
 itu seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ala sosialis yang merampas 
semua syarikat asing.
    
Ada payahnya dari segi imej dan budi 
bahasa bagi kerajaan Selangor, tetapi Selangor boleh ambil tindakan 
begitu. Kalau itu yang terjadi akan berbalah sakanlah kesemuanya tetapi 
Selangor boleh dapat percuma apa yang ia hendak.
   
Tapi 
Selangor tidak mahu ambil milik itu mengikut cara Tuan Mugabee di 
Zimbabwe. Jangan rampas rezeki orang walaupun cara mereka mendapatkannya
 dulu penuh dengan tanda tanya.
    
Menteri Besar Selangor 
adalah bapa saudagar kepada semua saudagar, tahu apa susah dan 
kerenahnya jika berbalah dengan sekalian saudagar.
   
Caranya 
dia tidak ambil percuma milik yang dia tidak salah dari segi peraturan. 
Orang selama ini mendapat tuah masih ada lagi tuahnya. Tidaklah hilang 
rezeki langsung. Ada juga royalti dan lain-lain keuntungan. Cuma mereka 
tidak boleh jadi raja air untuk buat apa mereka suka.
   
Pilihan
 buat si konsensi ialah mahu rezeki melillih lagi walaupun hilang milik 
atau tak mahu dapat apa-apa lagi. Langkah yang bijaksana itu, beli balik
 dengan harga yang patut supaya semua pihak dapat apa yang patut. 
Walapun konsensi tidak lagi dapat semua tetapi ia tidak pula hilang 
semua. Yang penting Selangor dapat yang ia mahu.
SUBKY LATIF
HARAKAH
 
 


 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !