Tuan Ibrahim bertanding di Kubang Kerian - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Tuan Ibrahim bertanding di Kubang Kerian

Tuan Ibrahim bertanding di Kubang Kerian

Written By Tranung Kite on Tuesday, April 24, 2018 | 10:23 AM


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini mengumumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.


Tuan Ibrahim dijangka bertemu Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian.

Kerusi itu dimenangi Ahmad Baihaki Atiqullah dari PAS pada PRU lalu mengalahkan calon dari BN dengan majoriti 16,741 undi.

Kali terakhir Tuan Ibrahim menang dalam PRU adalah pada PRU ke-10 di Dewan Undangan Negeri Jengka selepas mengalahkan calon Umno Datuk Zainal Hassan.

Tuan Ibrahim bagaimanapun kalah dalam dua pilihan raya selepas itu dan tidak bertanding pada PRU 2013.

Abdul Hadi yang berucap pada ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS ke Selangor di Shah Alam itu juga mengumumkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin bertanding di parlimen Arau.

Parlimen Arau disandang oleh menteri Umno Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengalahkan allahyarham Datuk Haron Din dengan majoriti tipis 1,371 undi.

Pada PRU 2008, Haron Din kalah kerusi itu pada calon BN Datuk Ismail Kassim dengan hanya 300 undi.
....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website