TOKYO 3 April - Jepun hari ini membatalkan program pemburuan ikan 
paus tahunannya di Lautan Antartik buat pertama kali dalam tempoh lebih 
25 tahun selaras dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 
yang memutuskan program itu lebih berbentuk aktiviti komersial 
berbanding untuk tujuan sains.
Tokyo yang 'terlalu kecewa' dengan keputusan itu pada awal minggu ini
 berkata, mereka akan menghormati keputusan mahkamah tersebut yang 
dibuat pada Isnin lalu, namun tidak menolak kemungkinan meneruskan 
program berkenaan pada masa hadapan.
Hari ini, pegawai Jepun berkata, pemburuan seterusnya di Lautan 
Antartik yang sepatutnya bermula penghujung tahun ini telah dibatalkan, 
hanya beberapa minggu selepas musim penangkapan ikan paus itu, tamat.
Kami memutuskan untuk membatalkan penyelidikan ke atas paus di 
Antartik bagi tahun fiskal bermula April ini kerana keputusan ICJ 
baru-baru ini," kata seorang pegawai agensi perikanan Jepun.
Pegawai itu yang tidak mahu namanya didedahkan bagaimanapun berkata, 
Jepun merancang untuk meneruskan program penyelidikan paus di 
kawasan-kawasan lain sebagaimana yang dijadualkan termasuk di utara 
Lautan Pasifik.
Jepun turut melaksanakan program penangkapan ikan paus pantai yang 
tidak dilindungi oleh pengharaman pemburuan paus secara komersial.
Australia yang mendapat sokongan New Zealand, mengheret Jepun ke ICJ 
pada 2010 dalam usahanya mengentikan pemburuan paus secara tahunan di 
Lautan Antartik. - AFP
Home »
Luar Negara
 » Jepun batalkan pemburuan ikan paus di Lautan Antartik
Jepun batalkan pemburuan ikan paus di Lautan Antartik
Written By Unknown on Thursday, April 3, 2014 | 2:56 PM
Labels:
Luar Negara
 
 


 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !