Menurut
laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata
Jabatan Perumahan Negara akan membina 1,500 unit perumahan awam di bawah
Program Perumahan Rakyat (PPR) di lapan lokasi di seluruh Sarawak tahun
ini dan ini adalah sebagai tambahan kepada projek-projek perumahan awam
lain yang dijalankan di sini. "Dianggarkan 2,000 lebih unit akan dibina
pada tahun depan," katanya pada sidang media ketika berbuka puasa
dengan kakitangan dari Bomba Petra Jaya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat
di sini pada Selasa lalu.
Kita
menyokong hasrat kerajaan untuk membina lebih banyak unit perumahan kos
rendah dan mampu milik untuk rakyat, tetapi Sarawak mempunyai penduduk
lebih dari 2 juta dan masih ramai lagi rakyat Sarawak yang berada dalam
kategori miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri
disebabkan kos dan harga rumah sekarang di Sarawak terlalu tinggi dan
mahal.
Semasa
PRU13 yang lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji untuk
menyediakan 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia tetapi
apabila Barisan Nasional diberikan mandat selepas PRU13 semua janji
tinggal janji. Sepatutnya kerajaan pusat perlu memberi keutamaan kepada
Sarawak dan Sabah sebab tanpa sokong dan sumber hasil pendapatan dari
Sabah dan Sarawak, kerajaan BN di peringkat pusat sukar dibentuk.
Kita
mengesa kerajaan pusat menambahkan lagi peruntukan perumahan kos rendah
dan mampu milik untuk rakyat Sarawak khususnya kepada golongan yang
kurang berkemampuan dan sukar untuk memiliki rumah sendiri. Kebanyakan
mereka ini tinggal bersama ibu bapa dan menyewa rumah atau mereka
membina rumah di kawasan setinggan.
Jabatan
Perumahan Negara sepatutnya membina sekurang-kurangnya 15,000 unit
perumahan awam di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) setahun bukannya
setakat 1,500 unit saja seperti yang diumumkan.
Dengan
adanya kos perumahan awam yang sederhana dan murah, masalah setinggan
dan mereka yang tidak memiliki rumah sendiri dapat diatasi dalam masa
terdekat. Persaingan harga rumah swasta yang terlalu mahal pasti akan
dapat diselaraskan dengan adanya kos perumahan awam mampu milik yang
dimiliki oleh kebanyakan rakyat yang kurang berkemampuan.
Saranan
kita kepada pihak kerajaan pusat ialah dengan menambahkan peruntukan
perumahan kos mampu milik di bandar utama seperti Kuching, Sibu, Bintulu
dan Miri dapat mengurangkan masalah rakyat yang tidak memiliki rumah
sendiri. Disebabkan perindustrian yang semakin rancak di bahagian
Bintulu dan Miri menyebabkan harga rumah melambung tinggi disebabkan
pemintaan dari pihak yang ingin menempatkan pekerja mereka yang tinggal
di bandar-bandar tersebut.
Disebabkan
projek perindustrian ini, ramai pekerja asing menyewa dan ada juga
membeli rumah di negara ini dengan kadar tukaran wang asing, dimana
matawang Malaysia adalah lebih rendah dan mereka mampu membeli rumah
walaupun dengan harga yang tinggi dan yang menjadi mangsa dengan
peningkatan harga rumah yang tinggi adalah rakyat tempatan yang kurang
berkemampuan dan miskin.
Kita
harap pihak kerajaan segera bertindak mengatasi masalah ini dari
berlarutan, walaupun ianya menguntungkan satu pihak tapi rakyat sendiri
jadi mangsa akibat sistem kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan
semata-mata bukan untuk kebajikan rakyat yang memerlukan tempat tinggal
sendiri. Pihak kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada rakyat
sendiri dulu sebelum memberi kemudahan kepada pelabur asing dengan
membina lebih banyak perumahan awam kos rendah dan mampu milik khas
untuk rakyat tempatan.
Syarat-syarat
perumahan mampu milik hendaklah diberi kepada semua rakyat yang layak
tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, bukan hanya untuk
golongan tertentu saja seperti kroni, ahli keluarga dan mereka yang
mempunyai kepentingan saja seperti golongan hartawan dan jutawan kerana
mereka mampu memiliki rumah sendiri tanpa perlu bantuan pihak kerajaan.
Pihak
kerajaan perlu mengetatkan syarat dan telus dalam memberi kemudahan
kepada golongan yang memerlukan rumah itu supaya ianya tidak dijual
kepada pihak ketiga untuk kepentingan sendiri setelah mereka berjaya
memiliki rumah tersebut nanti. Syarat-syarat tersebut
perlu dilaksanakan secara adil agar matlamat untuk memberi rumah kepada
golongan sasaran mencapai objektif yang sebenarnya.
Kita
mengesa pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dengan segera agar
rakyat Sarawak khususnya, tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang
semakin rancak ketika ini. Dengan adanya rumah mampu milik, kita yakin
rakyat akan hidup dalam keadaan aman dan selesa dan masalah setinggan,
gelandangan dan golongan miskin tegar di Sarawak dapat diatasi semaksima
mungkin.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !