MRT Corp Bermasalah Di Bawah Azhar - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » MRT Corp Bermasalah Di Bawah Azhar

MRT Corp Bermasalah Di Bawah Azhar

Written By Abdullah Othman on Monday, July 14, 2014 | 7:01 AM

Oleh : MRT Watch
Pembinaan MRT Tidak Selamat

Tanah mendap yang berlaku baru-baru ini di Jalan Imbi, begitu menggusarkan penduduk kota Kuala Lumpur. Walaupun tanah runtuh tersebut adalah akibat terowong yang dibina DBKL dab bukan MRT, namun persoalan mengenai tahap keselamatan projek mega MRT Kajang-Sungai Buloh yang sedang berjalan menggusarkan rakyat. 

Pelbagai persoalan keselamatan akibat projek mega ini mengundang tandatanya mengenai tahap piawai keselamatan MRT. Tanah mendap di Jalan Bukit Bintang, kemalangan akibat jatuhnya cerucuk logam di Pusat Bandar Damansara dan banjir akibat paip pecah di Mutiara Damansara; kesemuanya adalah akibat daripada projek MRT. 

Ini ditambah dengan kesesakan lalulintas yang melanda di kesemua laluan pembinaan jajaran MRT tersebut. Pengguna jalanraya telah acapkali mengadu serta melemparkan kemarahan terhadap MRT berikutan masalah demi masalah yang timbul akibat pembinaan MRT ini. 

Kesemuanya berkisar jaminan serta perlaksanaan tahap keselamatan projek MRT. 
Bagi projek MRT Kajang-Sg Buloh ini, kita difahamkan bahawa pembinaan terowong menjangkau sepanjang 9.5km yang mana kawasan terowong ini melingkari ditengah-tengah pusat ibukota. Tidak dapat dibayangkan kiranya tragedi ngeri berlaku kepada pembinaan terowong di tengah-tengah ibukota ini. 

Menurut pakar, kerja penggalian terowong MRT ini berdepan kesukaran dan bahaya apabila terpaksa berhadapan dengan dua jenis kandungan tanah dan batuan iaitu Formasi Bukit Kenny (struktur batu pejal dan berpasir), yang didapati kurang stabil.
Kemudian kerja penggalian ini akan bertemu satu lagi jenis kandungan tanah jenis Formasi Batu Kapur.  Ini pula adalah berkedudukan dekat dengan stesen Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri termasuk Selatan Maluri adalah dalam formasi tanah yang lebih kompleks, terdapat air yang banyak dalam tanah dan tidak begitu stabil. 

Struktur geofizikal tanah ditambah dengan tahap piawai keselamatan MRT yang longgar merupakan kombinasi yang menggerunkan warga Lembah Kelang terutamanya pengguna jalanraya. Projek sebegini rumit memerlukan kepimpinan yang berkebolehan serta berkemahiran tinggi dengan kredibiliti yang jitu untuk memastikan perlaksanaan yang berkesan. 

Azhar Terpalit Rasuah

CEO MRT Corp Azhar Abdul Hamid, difahamkan adalah budak suruhan Idris Jala. Azhar mempunyai hubungan yang rapat dengan Idris sebelum beliau dilantik menjadi CEO MRT, beliau merupakan Pengarah Urusan Sime Darby Plantation yang mempunyai banyak ladang estet kelapa sawit di Sarawak dimana hubungan mereka terjalin. 

Beliau pernah dikaitkan dengan satu skandal besar berkaitan transaksi tanah adat NCR di Sarawak. Namun, skandal ini tidak kemana dan tidak diketahui status siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM. Skandal yang melibatkan bekas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud, Idris Jala dan Azhar ini melibatkan tanah bernilai ratusan juta ringgit dan rasuah dalam lingkungan puluhan juta ringgit. Skandal tersebut disenyapkan oleh SPRM sekian lama dan walaupun terpalit dengan tuduhan rasuah Azhar telah 'dinaikkan pangkat' menjadi CEO MRT Corp.

Azhar terkenal dikalangan ahli korporat sebagai seorang yang oportunis. Dan kedudukan beliau sebagai CEO MRT Corp merupakan peluang terbaik beliau untuk mengkomersilkan tanah-tanah milik MRT seperti di Jalan Hang Tuah bersebelahan IPK Polis Kuala Lumpur. Ini merupakan peluang Azhar untuk membolot imbuhan bagi poket beliau dan Idris Jala. 

Azhar telah melobi dengan bantuan Idris Jala untuk mendapatkan Kementerian Kewangan menganugerahkan tanah trrsebut kepada MRT. Tanah yang dijangka dibangunkan dan bernilai RM3 bilion ini akan menjadi lubuk emas bagi Azhar yang rakus itu. 

Latar belakang Azhar juga sebenarnya tidak melayakkan beliau untuk mengepalai projek infrastruktur mega seperti MRT. Ini adalah kerana beliau tidak berpengalaman dalam bidang pengangkutan awam.

Kes kejadian tanah mendap di Jalan Bukit Bintang serta kemalangan akibat jatuhnya cerucuk besi di Pusat Bandar Damansara menunjukan tahap kebertanggungjawaban MRT terhadap keselamatan awam yang cukup lemah. 
Kedua-dua senario ini jelas menunjukkan bahawa projek MRT Kajang-Sg Buloh ini diterajui oleh seorang yang tidak mempunyai kepakaran malah diragui kebolehan dan krebilitinya. Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia mengenai peneraju MRT Corp akan memastikan perlaksanaan rapi projek mega ini. 

Projek ini tidak boleh dihadapkan dengan risiko terhadap keselamatan rakyat serta kemajuan sistem pengangkutan awam negara.


....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website