Oleh : Red Giant
Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak
telah menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan UDA Holdings dalam
beberapa kes yang melibatkan hala tuju dan peranannya sejak ia
ditubuhkan pada 1971.
Dari isu pembelaan terhadap peniaga kecil
bumiputera dikawasan-kawasan bandar menerusi peningkatan sewa premis,
mutu perkhidmatan, integriti tender-tender dan jual beli hartanah.
Kesemua ini masih dibelenggu masalah integriti, ketelusan dan salahguna
kuasa.
Antara beberapa isu yang berkaitan adalah seperti :
1.
Isu pajakan tanah selama 75 tahun kepada syarikat bukan Bumiputera
iaitu Central Market Management Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat
KHA SENG GROUP. Namun, isu yang lebih penting adalah, kesan dari
urusniaga ini, peniaga bumiputera di Central Market sudah tidak mampu
menampung peningkatan kadar sewa premis perniagaan. Kes ini, seolah-oleh
UDA telah lepas tangan terhadap masalah peniaga tempatan dengan
menumpukan kepada keuntungan dari hasil pajakan tersebut.
2.
Rangkaian Pusat Membeli Belah seperti Angsana Johor, Angsana Ipoh dan
Angsana Seremban juga menjadi keluhan peniaga bumiputera apabila mereka
dilayan seperti melukut ditepi gantang apabila kos penyewaan terus
meningkat dan membebankan peniaga. Sebaliknya, UDA sibuk menumpukan soal
imej dan penjenamaan semula pasaraya milik mereka dan mengabaikan
peniaga.
3. Penjualan aset penting seperti tanah-tanah
dilokasi strategik kepada syarikat milik Towkay-Towkay yang tidak
memahami matlamat UDA. Penjualan tanah tersebut akan menguncupkan aset
bumiputera yang sedia ada. Sebagai contoh penjualan tanah 1.4 hektar
bersebelahan Hotel Sheraton Kuala Lumpur kepada Mutiara Goodyear
Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta. Malah, beberapa kes
lagi wujud seperti tanah di Bukit Lanjan dan Lembah Pantai. Pada masa
yang sama, peluang perniagaan untuk usahawan kecil bumiputera terus
diabaikan.
Dari senarai ini kita dapat lihat bahawa, UDA bukan
sekadar mengabaikan nasib usahawan bumiputera dan menjual aset-aset
penting, tetapi sebenarnya UDA telah menjual nasib dan masa depan
usahawan bumiputera.
Peranan UDA untuk membantu penempatan semula
masyarakat bumiputera bandar, terus dipersoalkan apabila kebanyakan
projek perumahan berkos tinggi yang tidak mampu dibeli oleh kebanyakan
rakyat, sebaliknya rumah kategori mampu milik seakan-akan tidak menjadi
keutamaan UDA.
Projek-Projek Perumahan di Lembah Klang
1. Bandar Tun Hussein Onn - kediaman mewah
2. Gaya Bangsar – Kondo mewah
3. Sinaran TTDI – Apartment mewah
Pembinaan Kediaman dikawasan Selatan
1. Bandar Baru Uda – kediaman mewah
Pembinaan Kediaman dikawasan Timur
1. Pelindung Height – kediaman mewah
2. Taman Murni Perdana – 2 Fasa kediaman mewah – 1 fasa kediaman kos rendah.
Pembinaan dikawasan Utara
1. Nilamria – kediaman mewah
2. Taman Wakaf SeeTee Aisah – Mewah
Inilah hasil UDA sejak kebelakangan ini. Anda boleh nilaikan sendiri.
Berbalik
kepada urusniaga UDA, kesemua urusniaga UDA ini adalah dengan Towkay
kapitalis yang mana agenda mereka langsung tidak mempedulikan usahawan
bumiputera. Yang ironiknya UDA telah mencanangkan bahawa mereka akan
mempertahankan hak ekonomi Melayu, namun yang untung hanya towkay yang
terus menjadi kroni elitis dalam UMNO, bukan rakyat jelata.
Dibawah
kendalian YB Johari Ghani, UDA telah membuka tender kepada pemaju dan
GLC untuk sama-sama membangunkan tanah bekas penjara pudu. Namun pada
awal tahun ini tender tersebut telah dibatalkan oleh Kerajaan. Siapakah
yang telah memberi arahan?
Tanah strategik yang bernilai ratusan
juta bukan sahaja mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada UDA.
Malah akan membolehkan UDA membina ribuan rumah-rumah mampu milik bukan
hanya kepada Bumiputera tetapi kepada seluruh rakyat yang berpendapatan
rendah.
Jadi soalnya, apakah alasan pembatalan tender tersebut?
Syarikat manakah yang telah "dianugerahkan" projek tersebut?
Siapakah towkay yang membolot projek tersebut?
Siapakah yang memberi arahan untuk penganugerahan projek ini?
Semua ini akan didedahkan dalam artikel seterusnya..
-redgiantloyalist.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Johari Ghani Dan UDA Jadi Boneka Towkay
Written By Unknown on Friday, May 30, 2014 | 5:10 AM
Related articles
Labels:
Artikel
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !