Oleh : MRT Watch
Baru-baru
ini, media melaporkan bahawa MRT Corp telah menyatakan minat untuk
menjadi operator pengendali sistem transit Rapid Lembah Klang (MRT)
sebagai langkah terbaru mengukuhkan peranan MRT Corp dalam bidang
pengangkutan awam di Malaysia.
Datuk
Wira Azhar Abdul Hamid, CEO MRT Corp berkata langkah ini juga bagi
membina persaingan terbuka. Dalam bahasa yang lebih mudah, Azhar mahu
sektor pengangkutan awam tidak dimonopoli oleh satu dua syarikat sahaja,
jika menurut alasan ni, maksud beliau boleh disimpulkan seperti
“janganlah beri projek mengendalikan MRT kepada RapidKL, berilah juga
pada dia (MRT Corp)”.
Dia
turut menyatakan bahawa RapidKL dan Prasarana sudah banyak diberi
projek seperti LRT, Monorail dan Bas RapidKL. Jadi dia berharap agar
syarikat yang dikepalainya diberi peluang untuk menjadi operator projek
infrastruktur terbaru ini.
Azhar
cuba meyakinkan kita bahawa syarikat beliau mampu melaksanakan kerja
tersebut setanding dan lebih baik dari syarikat-syarikat sedia ada
(Prasarana).
Cadangan
Azhar ini nampak dipermukaan mempunyai asas dan ada kemungkinan
kerajaan akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Namun, sebelum itu ada
beberapa fakta yang perlu diambil kira oleh Kerajaan dan perlu difahami
rakyat, agar keputusan tersebut berlandaskan fakta dan bukan hasil lobi
melobi.
Momokan
bahawa MRT Corp boleh melaksanakan tanggungjawab ini lebih baik
daripada Prasarana atau RapidKL merupakan satu dakwaan yang tidak
berasas.
Pertamanya,
MRT Corp tidak mempunyai rekod dan pengalaman mengurus serta
mengendalikan operasi pengangkutan awam mega sepanjang sejarah
penubuhannya.
Bagaimana pula kita mudah percaya bahawa MRT Corp dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dari syarikat yang ada?
MRT
Corp pun belum pernah mengendalikan operasi pengangkutan awam berskala
sederhana atau kecil. Justeru itu, bagaimana pula kemampuan MRT Corp
untuk mengendalikan operasi pengangkutan awam mega seperti ini?
Kedua, reputasi CEO MRT Corp, Datuk Azhar ini begitu meragukan.
Kita
tidak harus lupa bahawa Datuk Azhar pernah terbabit dengan skandal
rasuah semasa beliau menjadi Pengarah Urusan di Sime Darby Plantation
sekitar tahun 2009-2010. Skandal ini melibatkan urusan jual beli tanah
ladang estet kelapa sawit di Sarawak yang dipercayai mempunyai kaitan
dengan syarikat milik bekas ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Skandal
ini melibatkan rasuah bernilai antara RM300-400 juta dimana Azhar
mempunyai kepentingan didalamnya. Selepas SPRM membuka fail siasatan
berkenaan kes tersebut, negara dikejutkan oleh skandal kerugian besar
oleh Sime Darby yang ketika itu diterajui oleh Datuk Ahmad Zubir
Murshid. Walaupun dipalit oleh kes rasuah, Datuk Azhar telah dipilih
untuk memangku jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Ahmad Zubir.
Perdana
Menteri Najib Razak terus menerus memberi imbuhan demi imbuhan kepada
Datuk Azhar dengan melantiknya sebagai CEO MRT Corp. Sebaliknya,
siasatan kes rasuah Datuk Azhar pula senyap begitu sahaja.
Rakyat
tertanya-tanya apakah Datuk Azhar mendapat perlindungan dari mana-mana
pihak atasan? Adakah Peguam Negara turut sama terlibat dalam penutupan
skandal ini?
Ketiga,
cadangan pembinaan terowong laluan pejalan kaki MRT sepanjang 120 meter
dengan kos hampir RM350 juta di bawah platform KL Sentral telah
mencemar kredibiliti Datuk Azhar sebagai seorang peneraju sebuah GLC.
Lebih
mengejutkan lagi apabila cadangan kos pembinaan terowong laluan pejalan
kaki itu adalah hampir empat kali ganda lebih besar daripada cadangan
trek tambahan 1km yang menghubungkan KLIA ke klia2 yang hanya bernilai
RM100 juta. Ini membuktikan bahawa Datuk Azhar tidak layak mengepalai
sebuah GLC penting apatah lagi mahu membolot operasi MRT.
Dengan
alasan-alasan kukuh seperti ini, kredibiliti seorang elit teknokrat
yang pernah dikaitkan dengan skandal rasuah merupakan perkara yang amat
serius. Walaupun tiada pendakwaan secara rasmi ke atas Datuk Azhar,
persepsi buruk komuniti bisnes perlu diambil kira kerana dia diberi
amanah untuk mengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dibiayai
dari wang cukai rakyat. Persepsi rakyat terhadap reputasi dan integriti
ketua sebuah GLC seperti Azhar juga tidak boleh diabaikan. Kontrak dan
tender oleh MRT Corp dibayar dari wang cukai rakyat.
Dengan
reputasi yang tercemar seperti ini, Perdana Menteri tidak seharusnya
mempertimbangkan permohonan MRT Corp. Rakyat sudah muak dengan pelbagai
kes rasuah, salah guna kuasa serta isu integriti.
Kita
harus belajar dari sejarah bagi kebaikan rakyat dan tidak menggunakan
alasan persaingan terbuka bagi memberi peluang Datuk Azhar untuk terus
merobek dana negara dan rakyat membayar harga tinggi akibat
penyelewengan beliau.
Sejak bila Dato' Azhar terlibat dengan skandal Sime Darby? Dokumen mahkamah hanya menamakan Dato' Seri Zubir Murshid sahaja.
ReplyDeleteTemberang lah ni?