KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Dewan Ulamak PAS 
Terengganu, Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar, 74, telah kembali ke 
rahmatullah kira-kira jam 9.00 malam ini.
Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin merupakan pemidato PAS terkenal pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Sehubungan
 itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan takziah
 kepada keluarga allahyarham.
Mereka mendoakan semoga allahyarham dihimpun dalam kalangan para syuhada dan solihin.
"Insya Allah saya akan sama-sama hadir untuk solat jenazah di Masjid Pekan Batu 6 jam 11.00 pagi 4.4.2014 (esok),” tulis Tuan Guru Abdul Hadi menerusi facebook.
Ustaz Awang pernah dianugerahkan Tokoh Ulama PAS Pusat pada Muktamar 
Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Selangor pada Jun 2009.
Beliau
 pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram pada 
tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang 
memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS 
Terengganu.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 1974 yang mewakili PAS Terengganu.
Jasa
 beliau kepada masyarakat di Terengganu amat besar dan pernah menjadi 
tenaga pengajar di masjid-masjid dan surau, pengasas Sekolah Rendah 
Islam Darul Taqwa Batu Enam, pengasas Masjid At-Taqwa Baru Enam serta 
dikenali sebagai pemidato PAS yang lantang.
Kehebatan ilmunya 
dalam bidang agama membolehkan beliau dilantik mengetuai Dewan Ulamak 
PAS Negeri Terengganu yang kelima selepas Ustaz Abas Awang, Ustaz Ismail
 Sulong, Ustaz Ghazali Ahmad dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau juga
 pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus 
Kelantangan
 beliau berpidato di pentas PAS serta ketika mengajar agama sehingga 
digelar sebagai Ustaz Awang ‘Tukul Besi’ yang terkenal suatu ketika 
dahulu.
Beliau pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian 
(PJK), Tokoh PAS Terengganu 2001 dan 2006 pada sambutan Jubli Emas PAS 
Terengganu.
Ustaz Awang pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah 
Nur Zahirah Kuala Terengganu pada September 2009 akibat penyakit kencing
 manis, darah tinggi dan angin ahmar. Al-Fatihah
 
 


 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !