Piala Dunia Brazil: 2.57 juta tiket telah terjual - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Piala Dunia Brazil: 2.57 juta tiket telah terjual

Piala Dunia Brazil: 2.57 juta tiket telah terjual

Written By Unknown on Thursday, April 3, 2014 | 12:34 PM

70 hari menjelang Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil, sejumlah 2,577,662 tiket telah pun habis dijual melalui semua fasa jualan yang diadakan, lapor FIFA.com.

Hari ini merupakan tarikh tutup bagi penjualan fasa kedua yang menyaksikan sejumlah 301,929 tiket habis terjual terutamanya kepada penduduk di Brazil, Amerika Syarikat, Colombia, Australia, Argentina dan England.

Dalam kesemua fasa jualan, Brazil selaku tuan rumah mendapat kelebihan dengan peruntukan tiket sebanyak 65 peratus, manakala bakinya 35 peratus, barulah untuk peminat antarabangsa.

Setakat ini, sebanyak 1,041,418 tiket telah dijual di Brazil, diikuti oleh Amerika Syarikat (154,412), Australia (40,681), England (38,043) dan Colombia (33,126).

Dalam pada itu juga, sebanyak 261,988 tiket telah dijual pada harga diskaun kepada Bolsa Familia, warga tua dan pelajar.

Fasa jualan saat akhir akan bermula pada 15 April dibuat secara online melalui FIFA.com .

Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 yang akan berlangsung di Brazil.

Ini merupakan kali kedua Brazil menyelenggarakan kejohanan Piala Dunia selepas kali pertama pada 1950).

Kejohanan ini juga merupakan Piala Dunia FIFA pertama yang diselenggarakan di Amerika Selatan sejak Argentina 1978.

Sebelumnya tidak ada negara Amerika Selatan yang menyelenggarakan Piala Dunia FIFA lebih dari sekali.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website