KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan 
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati 
banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli.
Dr Kamarul
 Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri 
itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk 
memastikan segala matlamatnya tercapai.
Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.
“Contoh
 paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik 
di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk 
menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.
“Beliau
 mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat 
sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,” katanya di
 sini.
Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri
 di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam
 mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks.
Menurutnya pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.
“Dakwaan
 Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau 
tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.
“Kalau saya 
lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan 
hubungan jenis dengan binatang. Orang lain yang kata itu, bukan Dr 
Mahathir,” kata Musa.
Dr Kamarul Zaman berkata, dakwaan 
sebagaimana disebut Musa tiada yang pelik kerana tragedy itu benar-benar
 berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
“Malah
 ia sesuatu yang normal untuk dilakukan seorang ahli politik yang tidak 
mempedulikan aspek moraliti dalam perjuangan,” ujarnya.
Menurutnya
 juga Dr Mahathir diketahui umum menyimpan banyak rahsia musuh-musuh 
politiknya untuk digunakan sebagai senjata bagi memastikan mereka tidak 
menentangnya.
HARAKAHDAILY
 
 

 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !