Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak mengetahui cerita sebenar di 
sebalik insiden berdarah tersebut walaupun ketika itu berada dalam 
Kabinet.
"Saya menteri Kabinet tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya membaca mengenainya dalam akhbar.
"Salah seorang antara mereka berdua bercakap benar," katanya ketika 
ditemui selepas melancarkan buku "Malaysia Kaya Rakyat Miskin" tulisan 
Anas Alam Faizli di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.
Tengku Razaleigh adalah menteri kewangan ketika peristiwa Memali berlaku.
Beliau yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li berkata, beliau tidak mahu 
campur tangan dalam kontroversi tersebut memandangkan tidak mengetahui 
fakta sebenar insiden itu.
"Ia berlaku bertahun-tahun lalu, saya tidak mahu terlibat tanpa mngetahui fakta sebenar," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Tengku Razaleigh berkata, ia terpulang kepada kerajaan.
Selepas 29 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan perdana 
menteri ketika itu, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya di 
China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan 
Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru 
minggu lalu.
Turut serta dalam majlis itu sebagai panel adalah Naib Presiden PAS, 
Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr 
Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala 
Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu 
pun dia berada di Kuala Lumpur."
Dr Mahathir ketika mengulas pendedahan itu bagaimanapun tidak 
menafikannya tetapi berkata akan menyemak semula bagi memastikan 
kesahihan tuduhan Musa itu.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir.
Peristiwa berdarah Memali mengorbankan Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya serta empat polis yang bertugas dalam operasi tersebut.
PAS menyifatkan Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya mati syahid manakala 
Sultan Kedah yang kini mYang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim pernah
 menziarahi kubur Ibrahim Libya dan pengikutnya serta menyiramkan air 
mawar di atas pusara mereka. – 4 April, 2014.
 
 


 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !