‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » ‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah

‘Jom Baca 10 minit’ peringkat Gombak Setia meriah

Written By Reformis on Tuesday, April 22, 2014 | 5:23 AM


GOMBAK, 22 April 2014 – Seramai 70 orang pelajar Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Ibnu Sina Gombak bersama Adun Gombak Setia, Ust Hasbullah Ridzwan, pegawai pusat Khidmat Masyarakat dan guru-guru PASTI telah menyertai program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) di perkarangan pusat asuhan PASTI Ibnu Sina, Taman Berjaya Gombak.

Program yang diadakan serentak seluruh negara yang diketuai oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri (PAN) bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pukul 10.10 pagi. Pelbagai buku-buku yang turut dibaca oleh kanak-kanak Pasti bagi memeriahkan program tersebut.
Hasbullah Ridzwan yang juga Pengerusi PASTI Negeri Selangor berkata, program yang telah diadakan itu sebagai bukti sokongan padu pusat khidmat DUN dan PASTI kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan tabiat membaca di kalangan masyarakat. Ia juga bertujuan melahirkan masyarakat generasi yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran yang tinggi. Sambutan yang diterima oleh kanak-kanak juga amat menggalakkan dan mereka teruja untuk bersama-sama dalam memeriahkan acara yang diadakan itu.
Diharapkan progam JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES mencapai objektif dan berjaya memupuk masyarakat atau rakyat Malaysia sukakan pengetahuan, cintakan ilmu serta membudayakan membaca. Diharapkan juga program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website