Lelaki maut dikelar kerana tagih hutang - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Lelaki maut dikelar kerana tagih hutang

Lelaki maut dikelar kerana tagih hutang

Written By Author on Tuesday, April 24, 2018 | 9:40 AM


LAHAD DATU: Seorang lelaki maut akibar dikelar di leher, dipercayai kerana menagih hutang sebanyak RM300, dalam satu kejadian di Km7 Jalan Tengah Nipah berhampiran Taman Warisan 4, dekat sini tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian 1.25 petang itu turut menyaksikan adik ipar mangsa berusia 11 tahun cedera diserang oleh suspek.

Kejadian berlaku ketika mangsa, seorang warga tempatan berusia 30 tahun, sedang memandu kereta yang turut dinaiki oleh suspek dan adik ipar mangsa, katanya dalam kenyataan, di sini.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu mengambil adik iparnya dari sebuah sekolah sebelum singgah mengambil suspek.

"Dalam perjalanan mengambil suspek, kanak-kanak itu tertidur dan terbangun apabila diserang oleh suspek dari belakang menggunakan senjata pisau jenis barong," katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai mengelar mangsa di bahagian leher sehingga menyebabkan kereta yang dipandu terbabas ke tepi jalan dan mangsa bertindak keluar dari kereta serta cuba melarikan diri namun dikejar oleh suspek.

Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri dan polis sedang giat memburu lelaki tersebut.

-- BERNAMA

....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website