Neymar lengkap perpindahan rekod dunia RM1.128b - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Neymar lengkap perpindahan rekod dunia RM1.128b

Neymar lengkap perpindahan rekod dunia RM1.128b

Written By Tranung Kite on Thursday, August 3, 2017 | 6:46 PM

KUALA LUMPUR: Seorang bapa bersama anaknya memfailkan saman kecuaian di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap sebuah sekolah swasta kerana mendakwa gagal mengambil tindakan berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Mohamad Fairul Mohamad Ramzi, 33, dan anaknya, Agung Ishmael Mohamad Fairul, 8, masing-masing selaku plaintif, menamakan sekolah swasta yang terletak di Setapak dan seorang guru kelas sebagai defendan pertama dan kedua.

Berdasarkan penyata tuntutan, Mohamad Fairul mendakwa Agung digigit di bahagian muka dan ditendang di bahagian punggung oleh rakan sekelasnya pada 1 Jun 2017.

Ekoran insiden itu, anak lelakinya mengalami kecederaan dan mendakwa sering diganggu kanak-kanak terbabit.

Malah kata Fairul, ia bukan kali pertama Agung dibuli, tetapi berlaku sejak September tahun lepas.

Dakwanya juga, perkara itu telah dibawa kepada pihak pengurusan sekolah bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil.

Plaintif mendakwa Agung mengalami kecederaan akibat insiden itu, namun kedua-dua defendan tidak memberikan rawatan perubatan atau membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, insiden itu hanya PARIS: Perpindahan rekod dunia Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) selesai awal pagi tadi apabila kelab Perancis itu mengesahkan bintang Brazil itu menandatangani perjanjian lima tahun dengan anggaran pendapatan 30 juta Euro (RM152.50 juta) setahun.

Perjanjian itu ditandatangani beberapa jam selepas pemain berusia 25 tahun itu membayar klausa pembelian bernilai 222 juta Euro (RM1.128 bilion) kepada Barcelona.

"Saya sangat gembira menyertai Paris Saint-Germain," kata Neymar.

"Sejak saya tiba di Eropah, kelab itu sentiasa menjadi salah satu kelab paling kompetitif dan bercita-cita tinggi. Cabaran besar yang dihadapi memberikan saya motivasi untuk menyertai rakan sepasukan baharu dan membantu untuk merangkul gelaran yang peminat mahukan.

"Cita-cita Paris Saint-Germain menarik perhatian saya kepada kelab ini, bersama dengan semangat dan tenaga yang dibawa. Saya bermain empat musim di Eropah dan saya rasa sudah bersedia menghadapi cabaran ini.

"Bermula hari ini saya akan melakukan segala-galanya yang saya mampu untuk membantu rakan sepasukan saya, membuka cakerawala baru untuk kelab saya dan membawa kegembiraan kepada berjuta penyokong di serata dunia," katanya.

Rekod perpindahan termahal sebelum ini ialah Paul Pogba iaitu 105 juta Euro apabila menyertai Manchester United dari Juventus, tahun lalu.

PSG memaklumkan bahawa Neyamar akan mengadakan sidang akhbar di Parc des Princes pada hari ini.

Dia kemudian akan dipersembahkan kepada peminat di tempat sama esok sebelum musim pembukaan Ligue 1 menentang Amiens. - AFP

....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website