Di Baling, Zahid ungkit semula peristiwa Memali - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Di Baling, Zahid ungkit semula peristiwa Memali

Di Baling, Zahid ungkit semula peristiwa Memali

Written By Tranung Kite on Saturday, August 5, 2017 | 3:33 PM

Timbalan Perdana Menteri hari ini mengungkit kembali peristiwa berdarah Memali yang berlaku 32 tahun lalu dengan menyindir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa menyebut nama bekas perdana menteri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Mahathir telah berbohong apabila mengatakan beliau tidak berada di Malaysia pada waktu itu.

“Peristiwa Memali berlaku di Baling, orang lama masih ingat Ibrahim Libya, ketika itu Tun Musa Hitam jadi Timbalan perdana menteri.

“Sebelum itu saya tak ingat siapa, mengikut kenyataannya mengatakan ketika peristiwa Memali berlaku, kononnya orang itu tidak ada dalam negara.

"Kononnya dia ada di China kerana mahu elak diri dari kena cemuhan dari rakyat Baling dari parti PAS,” katanya dalam ucapan yang disiar di Facebook.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda BT 42 Pulai, Baling hari ini.

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 membabitkan tindakan polis cuba menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud - atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - di kawasan rumahnya di Baling.

Pihak polis ketika itu ingin menahan Ibrahim atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

Tindakan itu mencetuskan pertumpahan darah apabila seramai 14 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera, manakala ratusan yang lain ditahan.

Insiden itu berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Pada 2014, Mahathir mengesahkan beliau berada dalam negeri sewaktu peristiwa itu berlaku tetapi tidak ingat sama ada Musa Hitam memintanya supaya jangan pergi ke China.

Ia merupakan respons terhadap kenyataan Musa dalam satu forum di yang mendakwa Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu kejadian itu dan beliau telah memintanya supaya membatalkan lawatan ke China.

Kata Zahid lagi, dalam buku tulisan Musa yang bertajuk 'Frankly Speaking' menyebut Mahathir telah menjadikan Musa sebagai kambing hitam bagi menutup salahnya berkaitan peristiwa Memali.

“Dia selalu memutarbelitkan fakta bersamaan dengan pembohong. Kalau Tun Musa Hitam kena, saya pun pernah, saya dah banyak kali kena. Saya sabar sebab dah banyak kali (kena),” katanya.



....
Tokei Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.my/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website