"Noh Bohong" - MB Selangor - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » "Noh Bohong" - MB Selangor

"Noh Bohong" - MB Selangor

Written By Unknown on Thursday, January 22, 2015 | 3:36 PM



BATU ARANG: Mohamed Azmin Ali menempelak dakwaan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar kononnya kerajaan negeri pimpinannya enggan bekerjasama dalam membangunkan projek kerajaan Persekutuan.

Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu pembohongan, Menteri Besar itu sebaliknya menunding jari kepada kerajaan Persekutuan hingga menyebabkan dua projek di negeri ini terbantut.

"Dakwaan Datuk Seri Noh Omar itu adalah satu pembohongan. Sebenarnya kerajaan Persekutuan sendiri tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri.

"Sebagai contoh, kita ada jawatankuasa tindakan negeri untuk melihat kemajuan projek-projek persekutuan. Mereka enggan beri kerjasama, tak mahu datang mesyuarat, tak mahu berikan senarai projek...jadi bagaimana kita nak pantau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah projek 'Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri' di sini, Khamis.

Sebelum ini, Noh menjemput Azmin untuk meninjau sendiri dua projek kerajaan Pusat di Selangor yang terbantut berikutan syarat-syarat keterlaluan yang dikenakan kerajaan negeri.

Dua projek berkenaan ialah pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT) di Subang dan projek bangunan tambahan Maktab Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hulu Selangor.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan menyahut pelawaan Noh untuk turun padang meninjau dua projek berkenaan, Azmin secara sinis mengakui sedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

"Saya bersedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, namun mereka kena tentukan siapa wakil mereka.

"Tapi kata (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) beliau tak terima Datuk Seri Noh, apa boleh saya buat?" katanya.

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
          ariff@thestar.com.my



....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website