1. Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan surat yang diutus beliau kepada Biro
Siasatan Persekutuan (FBI) berkenaan Paul Phua terus mengundang persoalan
kepada masyarakat. Merujuk kepada kenyataan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor bahawa Menteri
sepatutnya tidak perlu bertindak sedemikan memandangkan permohonan hanya dibuat
oleh firma guaman, Chesnoff & Schonfeld yang mewakili Paul Phua.
Tan Sri Abdul Rahim berpandangan adalah lebih
baik jika tidak babitkan menteri. Malah surat itu tidak perlu pun dijawab oleh
mana-mana pegawai kerajaan atau pihak polis.
2. Tun Hanif Omar yang
juga Mantan Ketua Polis Negara memperjelaskan sememangnya wujud kerjasama
penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat dalam prinsip
pasukan keselamatan di mana-mana negara. Prinsip set a thief to catch
a thief (gunakan pencuri untuk tangkap pencuri) dalam kepolisian digunakan dengan
mendapatkan kerjasama penjenayah untuk menghancurkan ancaman yang lebih berat.
3. Apabila pendedahan ini dibuat menunjukkan
pihak kerajaan sememangnya ada menjalinkan kerjasama dengan penjenayah, tetapi
mengapa pula perlu bertindak sebagai pelindung kepada mereka apabila didakwa di
mahkamah.? Jikalaulah sebegitu bermurah-hatinya kerajaan bertindak sebagai
pembela kepada mereka, maka tidak hairanlah usaha pencegahan jenayah yang kian
parah pada hari ini masih gagal. Tindakan sedemikian seolah-olah
mengkategorikan penjenayah berlesen yang mendapat restu kerajaan dan penjenayah
haram yang diperangi oleh kerajaan.
4. PAS menuntut pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri agar berterus-terang dan
telus kepada masyarakat di dalam hal ini. Perbuatan bersekongkol dengan
penjenayah tertentu telah membolehkan mereka berbuat sesuka-hati dan terus
bermaharaja-lela di dalam melakukan jenayah. Penjenayah lain yang menjadi musuh
mereka itu mungkin berjaya dihapuskan, tetapi bagaimana pula mahu menghapuskan
penjenayah yang mendapat perlindungan kerajaan.? PAS mengecam sekerasnya
tindakan kerajaan melindungi dan membela penjenayah ini kerana perbuatan
sedemikan adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat
kepada pihak berkuasa.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !