Hizbut Tahrir gesa orang Islam jihad di Perancis - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Hizbut Tahrir gesa orang Islam jihad di Perancis

Hizbut Tahrir gesa orang Islam jihad di Perancis

Written By Unknown on Friday, January 23, 2015 | 6:04 AM


Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Abdul Hakim Othman menyeru umat Islam di negara ini mempertahankan Rasulullah SAW dengan melancarkan jihad di Perancis.

Katanya, ia bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian ataupun tidak.

“Kami mahu menghantar mesej kepada dunia bahawa umat Islam tidak akan tenang sehingga bangkit untuk mempertahankan agama.

“Pihak yang menghina Rasulullah SAW telah melampau batas dan sekarang masanya untuk Malaysia dan semua negara-negara Islam untuk bangkit membalas kembali,” katanya selepas mengetuai 150 orang menghantar bantahan dan memorandum penyerahan di kedutaan Perancis di Malaysia.

Menurutnya, pihak majalah Charlie Hebdo telah mendapat kebenaran daripada kerajaan Perancis untuk menghina Rasulullah SAW.

“Kerajaan Perancis telah memberikan lampu hijau kepada majalah itu dan secara tidak langsung menggalakkan orang menghina Islam.

“Hari ini, kami telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan terhadap penghinaan yang diterbitkan oleh majalah itu,” ujarnya.

Dia menggesa tindakan diambil ke atas majalah Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah SAW.

Katanya, dia juga membantah dasar kerajaan Perancis yang telah membenarkan majalah itu menghemburkan penghinaan kepada Rasulullah SAW.

“Memorandum telah diterima oleh Duta Perancis itu dan beliau akan memastikannya ia diserahkan kepada kerajaan Perancis,” tambahnya.

....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website