KTI Membantah Insinerator Dengan Fakta Yang Kukuh - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » KTI Membantah Insinerator Dengan Fakta Yang Kukuh

KTI Membantah Insinerator Dengan Fakta Yang Kukuh

Written By Unknown on Tuesday, July 15, 2014 | 3:41 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengutuk KTI pada semalam dengan mendakwa KTI membuat bantahan berasaskan emosi dan fakta-fakta yang separuh benar.

Semenjak KTI ditubuhkan pada bulan Julai 2013, kami telah menyatakan dengan jelas sebab-sebab mengapa kami Tak Nak incinerator, dan semua adalah berasaskan fakta-fakta yang kami dapat daripada dokumen Pre Qualification Questionaire dan laporan kajian sains dalam negeri atau luar negara tanpa berasaskan perasaan emosi. Sebagai contoh,

Pertama, KTI telah menunjukkan bau busuk dari Stesen Pemindahan Sisa Taman Beringin bukan diakibatkan oleh sampah tetapi disebabkan oleh kerosakan kemudahan rawatan leachate di Stesen Pemindahan Taman Beringin. Asalkan loji rawatan leachate masih rosak and tidak dikendali dengan baik, masalah bau busuk akan berterusan, dan ini tidak dapat diselesaikan dengan pembinaan insinerator.

Apabila KTI bangkitkan masalah ini, apakah jawapan yang dibagi oleh pihak berkuasa? Menteri kata pembinaan incinerator atau negative pressure chamber dapat menyelesaikan masalah ini tanpa menyebut masalah kerosakan kemudahan rawatan leachate.

Kedua, KTI menyatakan salah satu sebab pengurangan jumlah incinerator di Jepun daripada 1850 buah pada 1990s ke 1211 buah pada 2011 ialah peningkatan kadar kitar semula. Fakta ini didapatkan daripada Laporan Tahunan Status Sisa Am Jepun 2011 yang diumumkan pada Mac 2013.[1]

Ketiga, menteri kata kerajaan telah cuba sedaya upaya melaksanakan pengasingan sampah di punca dan meningkatkan lagi kadar kitar semula, tetapi keputusan tidak merangsangkan maka kerajaan terpaksa mengguna pakai teknologi insinerator.

Fakta ialah KTI telah menunjukkan dalam keadaan Seksyen 74 Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 belum dilaksanakan, usaha meningkatkan kadar tersebut akan gagal.

Jikalau Seksyen 74 dilaksanakan, warga Malaysia diwajibkan mengasingkan sampah, mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan apabila disabitkan salah boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Keempat, Menteri kata kerajaan akan transparen dengan rakyat mengenai pembinaan incinerator. KTI telah memanjangkan jemputan mengadakan perbincangan dengan Menteri pada pada bulan awal Januari dan 2 Jun 2014, tetapi sampai hari ini pun belum menerima sebarang balasan daripada Menteri. Manakah transparen yang dijanjikan?[2]
Demi menjelaskan lebih lanjut mengenai mengapa incinerator tidak sesuai di Malaysia, KTI akan mengadakan satu taklimat mengenai hasil tinjauan lawatan Jepun pada 13 Julai 2014, pukul  10am, di Dewan Taman Mastiara, Jalan 6/18D, Taman Mastiara, 51200 Kuala Lumpur.

Semua penduduk tempatan dan media dijemput hadir.

Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator


....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website