Selepas berpuluh tahun bersama perjuangan BN dan Umno, Muhammad 
yang juga bekas Naib Presiden Umno ketika berucap mendakwa tidak mahu 
sebarang jawatan, sebaliknya menyertai pembangkang untuk mengetengahkan 
sisi negatif kem lamanya itu.
Beliau juga mendakwa, berdasarkan trend politik masa kini dengan 
kehadiran pembangkang di Johor misalnya, Pakatan Rakyat akan membawa 
perubahan dalam tempoh empat tahun menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Kita dapat lihat di Johor, dahulunya ketika zaman saya, tiada pembangkang tetapi sekarang Pakatan Rakyat menang 18 kerusi.
"Di Selangor, semasa saya jadi MB, hanya ada dua kerusi DAP, tapi 
sekarang 44 kerusi. Saya dah tengok akan berlaku perubahan dalam tempoh 
empat tahun lagi," katanya pada ceramah di Island Glades, Jalan Delima 
di sini, malam Khamis.
Muhammad juga mendakwa  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, 
Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Jeff Ooi (Jelutong) dan Rafizi Ramli 
(Pandan) layak menjadi menteri pada bila-bila masa sahaja.
"Saya pernah bersama Umno. Jadi saya tahu orang di sini (Pakatan Rakyat) lebih baik daripada orang di sana (Umno-BN)," katanya.
Pada masa sama, beliau turut mempersendakan kemelut politik di Terengganu yang menggemparkan negara beberapa minggu lalu.
"Di Terengganu, kerajaan baru hampir dibentuk dan bakal mendapat MB
 baru tetapi ada juga pemimpin yang 'go head go stan' (menarik balik 
keputusan)," katanya.
Dalam ceramah itu juga, beliau memuji tindakan penasihat DAP, Lim 
Kit Siang kerana menurunkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon di Teluk
 Intan.
Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat sudah kehabisan modal 
untuk berkempen apabila menjadikan isu sepasang panda yang baru tiba di 
Malaysia sempena hubungan diplomatik kedua negara selama 40 tahun itu 
dalam ceramah mereka.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
 
 


 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !