JINGGA 13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan mengenai jenayah dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah, Malaysian Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri Sanjeevan sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara serius terhadap pendedahan yang dibuat.
JINGGA
13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan terhadap usaha
pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan baru-baru ini
berkaitan isu kekayaan luar biasa anak kepada Ketua Polis Sabah ,
Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar
dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun
beliau "menganggur" serta beberapa transaksi bernilai bernilai RM500,000
dalam tempoh enam bulan lepas.
Isu
tersebut telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza Taib , selaku
Ketua Polis Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong undang-undang
sewajarnya menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara menyeluruh dan
bukan bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai alasan malah
dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana yang
didakwa oleh MYWATCH.
JINGGA
13 Malaysia menyatakan pendirian akan memberikan komitmen bagi membantu
menyediakan barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri Sanjeevan di
saman oleh pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta BAFIA
kerana mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.
JINGGA
13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh
pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH sedangkan ianya
adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga meminta agar
Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha
membenteras jenayah dan korupsi.
JINGGA
13 Malaysia akan terus memberikan sokongan serta komitmen kepada
mana-mana pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah
dan korupsi tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !