Pengkalan Hulu: Kenapa Dipinggirkan? - Tokei Kangkung
Headlines News :
Home » » Pengkalan Hulu: Kenapa Dipinggirkan?

Pengkalan Hulu: Kenapa Dipinggirkan?

Written By Reformis on Tuesday, April 22, 2014 | 6:21 AM


Saya menerima satu panggilan daripada sahabat saya iaitu Ketua Pemuda PAS Gerik, Mohamad Hamidi Ismail yang meminta pandangan tentang keadaan Pekan Kecil Pengkalan Hulu yang dahulunya sangat membangun ketika bekas Menteri Besar Perak menjadi ADUN Pengkalan Hulu iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali.

Mengikut sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak.

Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909. Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini.

Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air.

Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu. Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.

Kini, tinggalan tasik kecil tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Tetapi semua itu tinggal sejarah setelah Tan Sri Tajol Rosli tidak lagi menjadi ADUN dan Menteri Besar walaupun Barisan Nasional masih lagi memerintah Perak.

Atas nama rasionalisasi cawangan atau dengan mudah kata ‘tutup’, Maybank Pengkalan Hulu akan ditutup operasinya dengan rasminya pada 1 Mei ini. Hanya mesin ATM sahaja yang masih berfungsi dan  tiada lagi kemudahan wang tunai deposit. Penduduk yang ingin menyimpan duit atau untuk berurusan dengan kaunter dimana Maybank yang paling dekat adalah di Baling.

Untuk makluman selain adanya Pejabat Maybank terdapat juga beberapa mesin ATM di Pengkalan Hulu. Terdapat juga mesin ATM di Petronas selain BSN di rumah kedai di depan Petronas dan ATM Bank Rakyat di pintu pagar Sekolah Teknik Pengkalan Hulu. Dan alasan penutupan kerana tiada pelaburan dan tiada pinjam peribadi oleh penduduk Pengkalan Hulu.

Di sinilah peranan Ahli-Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu bagi memastikan pembangunan sekata di tempat mereka seiring dengan tempat-tempat lain. Malah ianya juga peranan penting wakil-wakil rakyat yang dilantik bagi mempertahankan dan memelihara kemudahan yang ada untuk khidmat rakyat dan ianya adalah satu pelan tindakan penting di kawasannya.
Saya melahirkan kekesalan kerana tiada pembelaan di Pengkalan Hulu dimana rakyat di sana memerlukan sebuah bank di sana. Di sana berdasarkan daftar pemilih terdapat 13,924 orang sebagai pemilih di DUN Pengkalan Hulu, manakala pecahan berdasarkan kaum iaitu Bangsa Melayu seramai 73 peratus, Bangsa Lain-Lain sebanyak 11 peratus dan 10 peratus adalan Bangsa Cina.

Persoalan biasa kepada yang mempunyai anak, bagaimana hendak menguruskan wang pelajaran anak-anak mereka dalam keadaan bank tiada di sana? Kesukaran dapat dilihat terutama masyarakat Melayu Pendalaman yang sukar menjalankan urusan harian mereka jika bank terlalu jauh. Dimanakah kelompok yang sepatutnya membantu mereka yang kini tersepit?

Sudah tentu jika Maybank di Pengkalan Hulu ditutup akan memberikan kesan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat menggunakannya. Malah ianya akan memberikan  kesan kepada industri pelancongan dan juga sempadan luar kita iaitu Negara Thailand. Sebenarnya penutupan ini akan menjejaskan banyak pihak dan adakah pihak yang terbabit sedar akan masalah ini?

Perkara penting yang perlu diambil kira, akan membahayakan penduduk di Pengkalan Hulu kerana mempunyai risiko kerana terdedah dengan acaman rompakan dan saman bilamana mereka terpaksa menyimpan wang tunai di kediaman ataupun kedai mereka. Saya cukup cemas memikirkan nasib yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Pengkalan Hulu kini.

Bagi saya, sebelum ini ada pihak yang menjanjikan di dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum yang lalu untuk menyediakan kemudahan luar bandar terutamanya seperti di Pengkalan Hulu rupanya hanya tinggal retorik semata-mata dan hayalan buat mereka!

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
* Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Bandar DiRaja


......
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Labels

Popular Posts

Bual Kosong

 
Support : Tranungkite.Net
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tokei Kangkung - All Rights Reserved
Terima kasih kepada Creating Website