Nenek kami sudah mencecah usia melebihi lapan dekad dan sejak 7 tahun 
kebelakangan ni beliau tidak lagi boleh berjalan. Beliau hilang 
keupayaan berjalan selepas terjatuh di dalam tandas mengakibatkan 
keretakan pada pelvis. 
Seorang lagi nenek saudara kami pula meninggal 
dunia selepas terjatuh ketika berjalan di dalam rumah. Agak menakjubkan 
“berjalan” dan “terjatuh” boleh mengakibatkan kematian apabila usia 
semakin senja.  Dianggarkan lebih dari 30% warga emas akan terjatuh kerana kegagalan mengimbangi badan selepas berusia melebihi 65 tahun.
B Shoe
 ialah sebuah kasut pintar yang dicipta bagi mengurangkan risiko 
pemakainya terjatuh. Menurut pengeluar B Shoe, bahagian tapak kasut ini 
mempunyai sistem runut bermotor yang dapat mengesan 
pemakainya mula kehilangan imbangan badan. Ianya kemudian secara 
automatik akan menggerakkan tapak kaki yang mula kehilangan imbangan ke 
belakang bagi menghalang pemakai dari terjatuh. 
Menggerakkan kaki ke 
belakang adalah reaksi normal yang biasa kita lakukan apabila ingin 
terjatuh tetapi apabila kita semakin tua reaksi otak dan otot kita 
menjadi perlahan mengakibatkan kita gagal melakukannya dengan pantas. B 
Shoe berharap ciptaan kasut pintar mereka ini dapat mengurangkan jumlah 
warga tua yang terjatuh setiap tahun kerana ianya akan mengakibatkan 
ramai warga tua hanya mampu terbaring sehingga akhir hayat akibat 
kecederaan.
Penyelesaian B Shoe ini adalah penyelesaian barat. Malang sekali di 
Malaysia warga tua tidak memakai kasut di dalam rumah. Apakah agaknya 
penyelesaian kepada masalah nenek dan datuk kita yang terjatuh sehingga 
mengalami kecederaan kronik? 
Adakah universiti tempatan yang 
menghasilkan projek tahun akhir yang mampu memberikan penyelesaian 
kepada masalah yang kita semua tahu bukanlah sesuatu yang baru. Jika 
anda ada penyelesaiannya sila lakukan sesuatu dan kongsikan kepada kami.
 Kami yakin ciptaan anda dapat mengurangkan insiden nenek dan datuk 
cedera kerana terjatuh di Malaysia.
Sumber B Shoe
Home »
IT & Teknologi
 » B Shoe – Kasut Pintar Untuk Mengelakkan Warga Emas Terjatuh
B Shoe – Kasut Pintar Untuk Mengelakkan Warga Emas Terjatuh
Written By Unknown on Thursday, April 3, 2014 | 8:53 PM
Labels:
IT & Teknologi
 
 


 
 
 
 
 

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !